Tuesday, 21 July 2015

PERNIKAHAN DI THAILAND - ISLAM ITU MUDAH

Sukarnya bernikah di Malaysia
Saya terpanggil untuk menulis apabila menangisi keruntuhan moral anak anak bangsa di tanah air sendiri, MALAYSIA. Di sana sini saya lihat dan saya dengari kisah kisah pergaulan bebas, bayi bayi yang tidak berdosa di buang bersama sampah sarap dan berleluasa nya pengguguran haram. Begitu juga dengan peningkatan kes kes khalwat yang dilapurkan. Melalui fenomena ini, sudah jelas bahawa kes kes khalwat yang tidak dilapurkan juga jauh lebih tinggi dari yang diketahui umum. Jika direnungi, punca sebenar gejala sosial ini adalah kerana belenggu 'hukum manusia' dan budaya negatif sejak zaman berzaman. Apakah pihak berwajib yang memegang amanah ALLAH seperti Mufti mufti, Menteri Agama serta Jabatan Jabatan Agama Negeri terus mahu memejamkan mata atas alasan alasan remeh tanpa memegang kukuh ayat ayat Allah dan sunnah yang jelas akan hikmahnya. Lantas dengan desakan desakan beberapa pihak yang konon nya ingin memperjuangkan hak wanita dan keadilan, maka hukum Allah dirobah dan diubahsuai.

Apakah perlu nya merumitkan pernikahan jika keruntuhan moral, gajala sosial dan seks bebas mengundang akan laknat |Allah. Kita sepatutnya mengambil pengajaran dari sunnah Rasulullah yang menggambarkan betapa mudahnya perkahwinan itu daripada membiarkan perzinaan berleluasa akibat kerumitan yang dicipta oleh manusia sendiri. Dimanakah rasionalnya, memanggil isteri pertama sebelum seorang suami itu dibenarkan berpoligami? Adakah ini selaras dengan tuntutan Al Quran dan as sunnah? Ia tidak lain hanyalah untuk memenuhi tuntutan sesetengah pihak yang kononnya mendokong 'keadilan' tetapi hakikatnya tidak mendatangkan keadilan kepada manusia sejagat terutamanya kepada kaum wanita sendiri. Hakikat keadilan yang diperjuangkan hanyalah untuk seorang wanita tetapi seribu wanita di luar sana terabai tanpa perlindungan lelaki.Apakah kita tidak pernah terfikir akan tanggungjawab kita sebagai individu lelaki muslim?

Yakin dan Tawakal kepada Allah
Kita sepatutnya yakin sepenuhnya dengan hukum Allah. Allah pencipta langit dan bumi, mencipta hukum yang sudah tentunya sesuai untuk semua manusia sepanjang zaman. Sudah tiba masanya para penggubal undang undang, memberi kelonggaran kepada lelaki yang ingin berpoligami. Kita tidak sepatutnya melihat keadilan dan kemampuan lelaki itu sahaja sebagai asas poligami tanpa mengambil kira peningkatan gejala sosial yang tersembunyi. Saya yakin, jika hukum Allah ditegakkan dan di patuhi dengan memudahkan pernikahan dan mengalakkan poligami, dengan luasnya rahmat Allah, keruntuhan moral dan maksiat dapat dibendung. Mentaliti masyarakat Melayu juga perlu diubah dengan mengenapikan budaya budaya negatif yang merumitkan pernikahan pasangan para remaja. Sebagai ibu bapa, apakah kita mahu melihat anak anak kita terus menerus berbuat maksiat dengan mengutamakan wang hantaran yang tinggi serta kenduri kendara besar besaran. Umat islam akan selamat jika kembali semula kepada hukum Allah dan as sunnah serta sentiasa bertawakal kepadanya.

Mudahnya bernikah di Thailand
Adakah kita pernah terfikir, sebuah negara bukan Islam yang telah sekian lama mempraktikkan hukum Allah dan As sunnah, sehingga saban hari rakyat kita membanjiri negara tersebut untuk bernikah disana. Pernikahan di Thailand hanya mengambil masa 30 minit, tanpa perlu memikirkan wang hantaran yang tinggi, kenduri besar besaran, kebenaran mahkamah dan sebagainya. Patutkah sebuah negara Islam, menyulitkan prosedur pernikahan dan mengekang poligami tetapi merelakan maksiat berleluasa?. Alangkah indahnya dan mudahnya Islam jika manusia menghayati hukum Allah dan bertawakal kepadanya.



No comments:

Post a Comment