Sukarnya bernikah di Malaysia
Saya terpanggil untuk menulis apabila menangisi keruntuhan moral anak anak bangsa di tanah air sendiri, MALAYSIA. Di sana sini saya lihat dan saya dengari kisah kisah pergaulan bebas, bayi bayi yang tidak berdosa di buang bersama sampah sarap dan berleluasa nya pengguguran haram. Begitu juga dengan peningkatan kes kes khalwat yang dilapurkan. Melalui fenomena ini, sudah jelas bahawa kes kes khalwat yang tidak dilapurkan juga jauh lebih tinggi dari yang diketahui umum. Jika direnungi, punca sebenar gejala sosial ini adalah kerana belenggu 'hukum manusia' dan budaya negatif sejak zaman berzaman. Apakah pihak berwajib yang memegang amanah ALLAH seperti Mufti mufti, Menteri Agama serta Jabatan Jabatan Agama Negeri terus mahu memejamkan mata atas alasan alasan remeh tanpa memegang kukuh ayat ayat Allah dan sunnah yang jelas akan hikmahnya. Lantas dengan desakan desakan beberapa pihak yang konon nya ingin memperjuangkan hak wanita dan keadilan, maka hukum Allah dirobah dan diubahsuai.
Apakah perlu nya merumitkan pernikahan jika keruntuhan moral, gajala sosial dan seks bebas mengundang akan laknat |Allah. Kita sepatutnya mengambil pengajaran dari sunnah Rasulullah yang menggambarkan betapa mudahnya perkahwinan itu daripada membiarkan perzinaan berleluasa akibat kerumitan yang dicipta oleh manusia sendiri. Dimanakah rasionalnya, memanggil isteri pertama sebelum seorang suami itu dibenarkan berpoligami? Adakah ini selaras dengan tuntutan Al Quran dan as sunnah? Ia tidak lain hanyalah untuk memenuhi tuntutan sesetengah pihak yang kononnya mendokong 'keadilan' tetapi hakikatnya tidak mendatangkan keadilan kepada manusia sejagat terutamanya kepada kaum wanita sendiri. Hakikat keadilan yang diperjuangkan hanyalah untuk seorang wanita tetapi seribu wanita di luar sana terabai tanpa perlindungan lelaki.Apakah kita tidak pernah terfikir akan tanggungjawab kita sebagai individu lelaki muslim?
Yakin dan Tawakal kepada Allah
Kita sepatutnya yakin sepenuhnya dengan hukum Allah. Allah pencipta langit dan bumi, mencipta hukum yang sudah tentunya sesuai untuk semua manusia sepanjang zaman. Sudah tiba masanya para penggubal undang undang, memberi kelonggaran kepada lelaki yang ingin berpoligami. Kita tidak sepatutnya melihat keadilan dan kemampuan lelaki itu sahaja sebagai asas poligami tanpa mengambil kira peningkatan gejala sosial yang tersembunyi. Saya yakin, jika hukum Allah ditegakkan dan di patuhi dengan memudahkan pernikahan dan mengalakkan poligami, dengan luasnya rahmat Allah, keruntuhan moral dan maksiat dapat dibendung. Mentaliti masyarakat Melayu juga perlu diubah dengan mengenapikan budaya budaya negatif yang merumitkan pernikahan pasangan para remaja. Sebagai ibu bapa, apakah kita mahu melihat anak anak kita terus menerus berbuat maksiat dengan mengutamakan wang hantaran yang tinggi serta kenduri kendara besar besaran. Umat islam akan selamat jika kembali semula kepada hukum Allah dan as sunnah serta sentiasa bertawakal kepadanya.
Mudahnya bernikah di Thailand
Adakah kita pernah terfikir, sebuah negara bukan Islam yang telah sekian lama mempraktikkan hukum Allah dan As sunnah, sehingga saban hari rakyat kita membanjiri negara tersebut untuk bernikah disana. Pernikahan di Thailand hanya mengambil masa 30 minit, tanpa perlu memikirkan wang hantaran yang tinggi, kenduri besar besaran, kebenaran mahkamah dan sebagainya. Patutkah sebuah negara Islam, menyulitkan prosedur pernikahan dan mengekang poligami tetapi merelakan maksiat berleluasa?. Alangkah indahnya dan mudahnya Islam jika manusia menghayati hukum Allah dan bertawakal kepadanya.
Rahmat Journey
Tuesday, 21 July 2015
Friday, 10 July 2015
Lima Punca Utama Penyebab Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja
Untuk renungan bersama bertapa bahayanya jika kita terlepas pandang terhadap anak-anak kita.
Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala sosial.
# Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja
Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam.Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.
# Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa
Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasihsayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.
Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remajabegitu mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan.
# Sikap Individualistik Masyarakat
Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga menjadi faktor penyebab. Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahumenjaga hal orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagih dadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana mereka berpendapat bahawa, pihak berkuasa sahaja yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja.
# Pengaruh Negatif Media Massa
Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa.
Petikan daripada: http://www.jomria.com/2015/04/5-punca-berlaku-gejala-sosial-di.html
Subscribe to:
Posts (Atom)